PENYIGKIRAN TAHI LALAT
Pembuangan Tahi Lalat bergantung pada saiz dan lokasi. Tahi lalat adalah ketumbuhan pada kulit yang biasanya berwarna coklat atau hitam. Tahi lalat boleh muncul di mana-mana pada kulit. Apabila tahun berlalu, tahi lalat biasanya berubah perlahan-lahan, menjadi semakin besar atau berubah warna. Kadangkala, bulu tumbuh di tahi lalat. Sesetengah tahi lalat mungkin tidak berubah sama sekali, selain itu juga sestengah tahi lalat akan pudar dengan sendiri dengan perlahan, walaupun ini sangat jarang berlaku.
dr inder estetik
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PENYINGKIRAN TAHI LALAT
Tahi lalat disebabkan oleh agregat sel-sel yang dipanggil melanosed, ia membuat pigmen kulit bewarna semula jadi. Tahi lalat mungkin menjadi gelap selepas terdedah kepada matahari, semasa tahun-tahun remaja, dan semasa mengandung. Walaupun kebanyakan tahi lalat bukan kanser, sesetengah mungkin berkembang menjadi kanser kulit. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor terlatih kami untuk menentukan rawatan pilihan.
Tahi lalat boleh dirawat dengan mudah tetapi tempoh dan jenis prosedur bergantung pada saiz dan lokasinya seperti:
PENGELUPASAN KIMIA
Salicylic asid berfungsi dengan ‘mengelupas’ pembentukan tisu mati yang berlebihan pada permukaan kulit.
CRYOSURGERY
Menggunakan suhu sejuk untuk mengeluarkan tahi lalat dari permukaan kulit
CANTHARIDIN
Menggunakan bahan berasaskan kimia untuk menghilangkan permukaan kulit yang terjejas dan merawat tahi lalat di kawasan tersebut
KURETTAGE LASER
Yang paling berkesan dari semuanya, pembedahan elektrik membakar tahi lalat dengan cas elektrik melalui hujung jarum. Ia bagus kerana ia hanya mengikis tahi lalat dari akarnya
SOALAN LAZIM MENGENAI PENYINGKIRAN TAHI LALAT
Tempoh prosedur bergantung pada saiz dan lokasi tahi lalat, biasanya kira-kira 1-2 jam
Prosedur ini bertujuan untuk memberikan hasil yang sangat baik dengan kesakitan yang minimum. Walau bagaimanapun, penggunaan cryocautery dan laser boleh menyebabkan ‘cubitan’ kecil semasa prosedur
Sesetengah mungkin mengalami kemerahan, bengkak dan sedikit kegatalan tetapi dengan penjagaan selepas yang betul seperti yang dinasihatkan oleh doktor terlatih kami, kesakitan adalah minimum
Jumpa kami di :
P-G-22, Centrestage, Jalan 13/1 Seksyen 13,
46200 Petaling Jaya Selangor Malaysia.
maklumat lanjut :
+6012 657 1572
info.drinderestetik@gmail.com
iikuti kami :
© 2022 drinderestetik.com